Kerusi Parlimen Keputusan Pilihan Raya Umum Malaysia 2008

Parti Keadilan Rakyat yang bermula dari 1 kerusi di Permatang Pauh, kini melonjak kepada 31 kerusi parlimen. DAP yang hanya mempunyai 12 kerusi pada tahun 2004 kini menanjak kepada 28 kerusi Parlimen. Begitu juga dengan PAS yang hanya ada 7 kerusi kini mempunyai 23 kerusi Parlimen. Semua pencapaian ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Pilihan raya Malaysia sejak 1954 lagi. Hanya Pilihan raya Umum Malaysia 1969 sahaja yang hampir menyamai pencapaian pembangkang tetapi kali ini jauh lebih besar.

Yang mengejutkannya pada kali ini ialah, Ketua Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Setiusaha Parlimen dari Barisan Nasional tumbang akibat aliran pengundi muda yang mengajar Barisan Nasional yang dikatakan enggan mendengar desakan mereka. Antara tokoh terpenting Barisan Nasional yang tumbang ialah Samy Vellu, Koh Tsu Koon, M. Kayveas, Aziz Shamsuddin, Tan Chai Ho, Shahrizat Abdu Jalil, dan lain-lain.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang mempunyai 10 kerusi Parlimen hampir kesemuanya dimenangi oleh pihak pembangkang, manakala Barisan Nasional hanya mendapat 1 kerusi iaitu Setiawangsa. DAP berjaya memenangi kerusi Kepong, Segambut, Bukit Bintang, Seputeh, dan Cheras. PKR berjaya merampas kerusi Batu, Wangsa Maju, Lembah Pantai, dan Bandar Tun Razak. PAS tidak ketinggalan "berpesta" apabila memenangi kerusi Titiwangsa. Semenjak Kuala Lumpur dikeluarkan dari negeri Selangor dan menjadi Wilayah Persekutuan, tidak mempunyai kerusi Dewan Undangan Negeri. Kuala Lumpur ditadbir oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, dan diuruskan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan.

Berkaitan

Keputusan perlawanan pasukan bola sepak Malaysia Keputusan pilihan raya umum Malaysia 2018 mengikut negeri Keputusan pilihan raya umum Malaysia 2013 mengikut parlimen Keputusan pilihan raya umum Malaysia 2018 mengikut Parlimen Keputusan pilihan raya umum Malaysia 2022 mengikut Parlimen Keputusan pilihan raya umum Malaysia 2013 mengikut negeri Keputusan pilihan raya umum Tanah Melayu 1954–55 mengikut negeri Keputusan pilihan raya negeri Selangor 2023 Keputusan pilihan raya negeri Sabah 2020 Keputusan Perlawanan SSMP 2016